Friday, 31 August 2012

Raya Bersama Rakan Blog


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. =)

Hai. Assalamualaikum semua. Saya, Sheera ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. :)

Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, sekarang telah tiba bulan Syawal yg kita nantikan. Kali ni saya ingin menceritakan hari pertama raya saya di kampung Changkat Lada keluarga Mama saya. Setiap tahun sebelum menjelang raya, kami sekeluarga akan plan tema warna baju raya kami utk tahun ini. Tema baju raya kami pada kali ni adalah BIRU.

Bagi kaum Adam akan pergi menunaikan sembahyang raya di masjid. Bagi kaum Hawa akan dduk rumah menyiapkan hidangan raya. Selepas itu, kami akan bersalaman dan memohon maaf bersama sama. Ada yg dpt duit raya. Yg paling tua pun still dpt duit raya jgk. hahahaha.. :D Selepas bersalaman kami akan menziarahi kubur Opah dan Moyang saya. Kami sekeluarga akan menziarahi keluarga yg terdekat. Hari raya pada kali ni sgt Best!!! dan tak dpt saya lupakan kerana byk kenangan manis dan telatah keluarga besar kami ni. :)

Kat bawah ini ada serba sikit gambar utk ditonton oleh korg semua. Enjoy!! ^_^v


kiri : Tok chu saya. tengah : Atok saya. kanan : Opah chu saya. 


Kaum Adam yg handsome2. 

Kaum Hawa yg cun melecun. ^.~ 

First : My family <3

Second : Pak ngah's family

Third : Mak Lang's family.

Fourth : Pak Uda's family

Fifth : Cik Oun's family. 

Sixth and Seventh : Mak su n Pak su. 

Beratur ambil duit raya. Yg tua2 pn tak tau malu mintak duit raya. -.-'' Hahahaha.. 

Adik beradik Mama saya. 
Missing my Mak Andak's family sbb dia beraya di Terengganu. :(

 My crazy cousin's Lisa. And Otoman Adiff  my naughty boy. :)


SALAM AIDILFITRI dari Kami sekeluarga. :) 





SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTri :)


Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri...saya qayyum :)

Pejam celik- pejam celik dah tiba hari raya aidilfitri pada tahun ni ye dak? so ape cer puasa korang kali ni? ohsem ke tidak? harap semuanya berjalan dengan baik dan dapat ape yang diimpikan. Jadi dikesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada family, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali saya..tidak kira la di UiTM, alam maya, alam realiti dan sewaktu dengannya. Minta ampun sekiranya terkasar bahasa, tercakap lebih atau kurang, dan sume ter..la  senang citer. Selamat Hari Raya Aidilfiri diucapkan kepada semuanya. Diharapkan semoga kita berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang, insyallah! jadi buat yang ingin pulang ke kampung, semoga selamat sampai diucapkan. Sebelum tu layan dulu gambar sempena Hari Raya dari saya.






Beraya di pulau pinang :) negeri tercinta :)


Assalamualaikum kawan2 smua  :)  ..raya telah pon tiba..sya berserta keluarga mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin :)..raya tahun ni sme la juga mcm raya tahun2 sebelumnya..Di pg raya sya akan pergi beraya di rumah atuk dan nenek sya sebelah ibu..Jauh la gak kwn2 sebelah rumah je..hehehehe...selepas solat hari raya,sya akn ikut ayah ke kubur nenek dan atuk di Penaga..

selepas ziarah kubur,sya akan ke rumah mak long sya iaitu di kawasan bumbung 5 :)    Di rumah mak long sya ni meriah la gak :)   dia ad buat hidangan yg enak2..ketupat dan rendang tu memg la wajib ada :)..tp sya  akan makan gak nasi dgn ayam masak merah yg dia bt  :)  ..nyamm2..nyam,2  sedapppp..selain itu saya juga ske makn serunding daging..di cicah bersama ketupat..memg meletup habissss le..selain itu sya juga ske rendang ayam dan dodol..Di hari raya 1,sya kebiasaanya menziarahi keluarga dan jiran tetangga yg berdekatan shj,,Maklumlah tak ade kampung :P


Ayam masak merah :)  my favourite

serunding daging..yum2..yum2 sedap dimakan bersama ketupat














selepas raya pertama bersama keluarga.dan sanak saudara .raya ke -2 dan ke-3 sya melawat kawan2 di sekitar kampung dan yg berdekatan.rindu dgn kwn2 lma..mklumlah bukan selalu bertemu :'( 


kawan2  lama akhirnya bertemu semula..hehehe














sampai di sini shj celoteh sya mengenai suasana hari raya yang saya sambut :) diharap kita bertemu lg pd hari raya akn dtg..InsyAllah



           Salam Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin Ikhlas Dari Azizi  :)



Aidilfitri mai dah ... :)

assalamualaikum kawan2 ... firstly .. ain nak ucap SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR DAN BATIN .. :) .. harap maafkan salah dan silap sepanjang perkenalan kte .. :) wahhh ... seronok kan raya ,raya mai dah ... setelah kita semua umat Islam berpuasa sebulan ..menahan lapar dan dahaga ... :P .. Raya tahun nie,first day raya ain raya kampung belah ibu ... kat Jelebu,Negeri sembilan .. second day raya , baru balik kampung belah ayah .. kampung belah ayah dekat Kuala Pilah je ... seronok raya tahun nie ... makin besar .. macam makin banyak dapat duit raya ... dapat double ... !!!  hahaha ... kalau dah raya macam2 laa kite makan kan ... especially lemang uwan induk ... memg best !! then rendang minang uwan ... sedap wooo ... :) pedas ... !! :)


nie family ain .. :)

nie adalah hidangan yang disediakan ketika beraya ..


rendang minang .



rendang uwan induk !


kuah kacang dan ketupat nasi ..

SALAM AIDILFITRI ... :)



SUASANA KETIKA BERAYA BERSAMA FAMILI :)


Salam semua.....saya fatin :D 
alhamdulillah tahun ni masih berpeluang beraya di kampung halaman, walaupun atok dan opah dah takde, kami masih berkesempatan pulang beramai-ramai dengan saudara mara yang lain....tahun ni kami sekeluarga beraya di kampung ayah ....memang riuh rendah bila dapat berjumpa dan berkumpul.....

Seperti biasa setiap tahun kami tak melepaskan peluang menunaikan solat sunat aidil fitri di masjid yang berdekatan...selepas itu kami bermaaf-maafan sesama keluarga.
Haaa..ini gambar famili saya :) cekidauttttt.....


Kami sampai di kampung pada malam raya, ketupat palas dan rendang daging dah pun siap di masak oleh mak su...tak sempat lah nak menolong, nasib baik mak lang tu boleh tolong sama2 masak....hehe


selepas itu..kami sekeluarga pergi menziarahi pusara atok & opah .walaupun kita gembira beraya,tetapi orang yang telah tiada janganlah dilupakan.


                   menziarahi pusara opah & atok -



- kami bersalam-salaman sebelum boleh dapat duit raya...

Sunday, 26 August 2012

BAZAR ADIDILFITRI DI JALAN TAR

Hai!! Saya Sheera. Kali ni saya nak bagitau tempat yg selalu saya "shopping" baju raya dgn Mama saya. Tempat ni la setiap tahun kami akan pergi. Jalan TAR aka Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Saya tak sempat nk menangkap gambar sbb ramai org sgt2. O.O Sampai kami kena berhimpit jalan. Tapi saya akan tunjukkan serba sikit tentang suasana tempat ni. :)

Ini Bazar di Jalan Masjid India. 

Ini pula Jalan Tunku Abdul Rahman.

Ini suasana Jalan Tunku Abdul Rahman. 

Kat sini byk brg yg dijual seperti Kuih Raya, Baju Kurung, Baju Melayu, Songkok n mcm2 lagi. Byk pilihan yg boleh kita pilih kt sini. Makanan pun dijual di sini walaupun tgh puasa. -.-'' Tak kering gusi melihat pelbagai jenis telatah penjual kt sini utk menarik pengunjung yg mengunjungi tempat ini utk beli brg utk Raya. Byk brg yg boleh ditawar di sini. 

Antara brg yg saya dan Mama saya sempat beli Baju Kurung, Kasut, Selendang dan Tudung, lapik meja n mcm2. Byk jgk brg yg kami beli. Biase la nk raya sakan kn. 

Okaylah. itu saje yg dpt saya ceritakan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. v^.^v




BaZaR AiDiLFiTRi Di SuNWay CaRniVaL


Assalamualaikum..Hai saya Apit..Macam mana dengan persiapan Hari Raya anda semua? Apit rasa mesti ramai yg dah beli baju raya kan??Semuanya serba baru…Cantik-cantik dan lawa-lawa belaka..Ada yang beli di mall-mall yang terkenal..Ada yang biasa2 saja…Apa-apa pun kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada..Nie Apit nak kongsi sikit baju raya baru tahun nie..
Apit pergi membeli baju raya di Sunway Carnival Seberang Jaya bersama-sama kawan-kawan..Di sana orang begitu ramai membeli belah..Tak kira la tua atau muda..Macam-macam ada di sana..Tahun nie Apit membeli beberapa helai baju,seluar dan sepasang kasut..
                                                                                                        
                                                                                                                                                                        
 

 Nie la Sunway Carnival Mall yang terletak di 
Seberang Jaya...












Beginilah suasana di dalam mall..Semua orang berpusu-pusu untuk membeli-belah..Macam-macam ragam ada...Tambah2 budak-budak...






    

                                                               


Nielah pakaian baru raya Apit thun nie..Biasa2 saja..Semua perbelanjaan dalam RM 200..Tak termasuk baju melayu..Baju melayu ibu Apit yang buatkan...Sweet kan???Seronok dan selesa taw air tangan ibu buat...Macam mana ngan yang lain???Mesti lagi cantik kan??Ok..Terima kasih..



SUASANA BAZAR AIDILFITRI PANDAN DI MALAM RAYA

Assalamualaikum :) saya nurul fatin.saya mahu berkongsi suasana pasar borong pandan di malam raya.
suasana di Pasar Borong Pandan sangat meriah dan ramai pengunjung yang datang untuk bershopping.. Biasalah malam raya mestilah semua sibuk mencari keperluan yang belum lengkap dan menunggu barang yang akan dilelong seperti biskut raya,pakaian dan lain-lain. Oleh itu, ramai yang suka bershopping disaat-saat akhir sebab untung sabut dapat bawa balik barang yang diidamkan dengan harga yang murah...Harga barang-barang di Pasar borong juga berpatutan dan shuutttttttttttttt... BOLEH BISIK!!!!WAKAKA..
Selain  itu, pengunjung juga mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi keperluan raya tahun ini kerana 3 tempat iaitu PANDAN CITY,PANDAN UPTOWN dan BAZAR di dalam pasar borong menawarkan pelbagai barangan.Jadi.anda semua harus bijak untuk memilih..


Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk bershopping disaat-saat akhir kerana jalan jam dan sukar mendapat parkir...Cuma Pasar Borong yang buka sampai mata lebam(lewat pagi) berbanding pasaraya yang lain semestinya sudah tutup... Jadi mestilah orang datang ke Pasar Borong..



TIPS:
JADILAH PEMBELI YANG DIJAK DENGAN BUAT PERBANDINGAN HARGA DAHULU SEBELUM MEMBELI..KEBANYAKAN KEDAI MENAWARKAN BARANGAN YANG SAMA TETAPI HARGA YANG BERBEZA..DAH JIMAT BOLEH BAGI EA DUIT RAYA......

Saturday, 25 August 2012

Jom ikut sye :) kita ke bazar aidilfitri di Bandar Perda Pulai Pinang :)

hai kawan.jom ikut zie.kita ke Bandar Perda Pulau Pinang untuk tgok kemeriahan Bazar Aidilfitri di sana.Pelbagai jenis aneka barang2 yang dijual di sana,dari pakaian hingga ke makanan...Meriah sungguh :)

Meh kita usya skit beberapa gambar...sebenarnya ni semua gmbr baru tp date kat kamera  to date lama..jgn slah sngka eaaaa...hhahaha

inilah bazar aidilfitri di Bandar Perda


















tengah duk usya bju melayu dgn jubah :)
meh beli...murah2

cntik tak bju t-shirt ni.?mahal wOooo..rm 25 je hehehe