Wednesday, 22 August 2012

My Resipi for Kuih Aeroplane....eh..kuih kapal terbang laaaa

 

 nama saya azizi,saya memang suka makan kuih ni masa waktu raya sebab kuih ni sedap dan enak..hehehe....selain itu kuih ini ada beberapa jenis warna yang kita boleh letak.mengikut cita rasa la..ekekeke....kawan2 selamat mencuba ye resipi ini

 

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )

  • -: Untuk Doh :-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air (+ - anggaran)
  • -: Untuk Pes :-
  • 3 sudu besar  tepung jagung
  • 3 sudu besar minyak
  • -: Untuk Warna :-
  • Pewarna merah & hijau @ ikut cita rasa
  • -: untuk sira :-
  • 2-3 sudu besar gula pasir (di blend)

Cara-cara

  1. Satukan bahan doh n masukkan air sikit-sikit uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian doh dan uli hingga warna doh sekata.
  3. Kemudian setiap doh tersebut dibagikan kepada beberapa ketulan kecil supaya mudah dicanai.
  4. Ambil doh canaikan memanjang & nipis kemudian sapukan pes hingga sekata dan gulung dengan kemas.
  5. Canai doh kedua yang berlainan warna dan sapukan pes kemudian ambil doh yang telah digulung diletakkan diatas doh kedua dan gulung dengan kemas. Ulang langkah tersebut jika ingin tiga lapisan warna.
  6. Kemudian potong dalam ukuran 1 inci lebar @ ikut citarasa.
  7. Canai @ gelek memanjang 2 @ 3 kali dh memadai.
  8. Goreng hingga masak. pastikan minyak sederhana panas. Jika inginkan kuih yg mengembang @ terbuka gunakan 2 garfu dan tarik2kan supaya terbuka. Pastikan kuih timbul baru mudah ditarik2. Akhir sekali sirakan gula aising. siap dinikmati.
  9. Terlupa la pulak.. utk pes satukan bahan dan gaul hingga sbati.. tujuan pes disapu supaya kuih tersbut dapat ditarik2 dgn mudah ktika mgoreng.

No comments:

Post a Comment