Saturday, 25 August 2012

suasana bazar aidilfitri di Aeon Seremban

Assalamualaikum kawan2 ... macam mane dengan bazar aidilfitri korang ... ?? mesti banyak shopping kan ... huhuhu ... sebab raya kan setahun sekali .. mesti semua nak cantik2 dan lawa2 kan .. :) ... ain pun raya tahun nie biase2 jer ... :) ain shopping dekat Aeon Seremban ... shopping last minutes laa katekan ... nie ain nak share sikit ape yg ain bli kat Aeon Seremban ... :)




nie laa Aeon Seremban ..:)


nielaa butik first lady yg ain cari baju kurung .:)


baju kurung .. :)




nie jer yg ain bli ... x sempat pun nak shopping ... harap semua kawan2 happy mase raya nanti ... :)



Friday, 24 August 2012

ShOppInG rAyA Di JaLaN TAR

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan (",)..diam tak diam dah lama jugak kita berpuasa. Jap2..sebenarnya ari nie saya nak cerita sikit pasal bazar aidilfitri. Shopping raya tahun nie amat la memenatkan. Sesak woo dh macam orang kekurangan oxygen. So destinasi tahun ni tak lain tak bukan dekat Jalan TAR. Tahu-tahu jela dekat2 nak raya mesti ada sale 10% hingga 70%. Mahu juling mata ni nak pilih baju-baju. Apa2 pun bersederhanalah...jangan membazir okay :) ..kat bawah ni pulak adalah gambar-gambar suasana shopping kat Jalan TAR..






Thursday, 23 August 2012

Dedication Song Daripada K.A.M.I.


my favorite cookies ! :)

hai kawan2 ... mesti banyak makan kuih raya kan ... :) dalam banyak2 kuih raya tue mesti ade salah satu yg  korang suke kan ... ain pun ade kuih kegemaran jgak mase time raya . nak tahu x kueh ape.. ???? jeng3 ... :)
that's my favorite cookies .... cornflakes madu ... pergh ... memg sedap ... :)


cornflakes madu .. :) 


nak tahu x kenapa ain suke kuih nie ... sebab ade madu .. madu kan baik untuk kesihatan .. ibu ain mesti akn buat kuih nie setiap kali menyambut Aidilfitri dan Aidiladha ... :) kat sni ain pun nak share sikit resepi kuih cornflakes madu nie ... :)


Bahan - bahan ( 40 - 50 biji )

- 4 cawan cornflakes
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- papercup secukupnya
- badam hancur dan ceri sebagai hiasan .

Cara-cara 

1) Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil . kacau sampai mentega cair .
2) Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan kedalam mangkuk .
3) Campurkan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk yang berisi cornflakes itu tadi.
4) Gaul rata hingga semua cornflakes diselaputi madu.
5) Sudukan cornflakes td ke dalam cup dan tabur badam hancur . letak hirisan ceri jika suka . masukkan papercup kedalam loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang sesuai .

SELAMAT MENCUBA ... :)

Wednesday, 22 August 2012

BISKUT RAYA PAAALINGGG FAVOURITE

HYE...Saya Nurul Fatin .Setiap orang mesti ada kuih raya kesukaan kan?Tapi menjelang raya tu ada la jugak keinginan nak buat kuih raya homemade jugak kan.nak jugak tetamu rasa air tangan anak dara ni kan.hehe 


Ni kekononnya projek kuih raya pertama tapi cam biasa la kan, kalau dah namanya biskut tu sedap, cepat juga la habisnya.

Mulanya masa first batch kuih ni masak, family cam tak minat langsung. Makan sikit je pastu tak nak dah. Ada yang cakap tak sedap. Masa tu rasa gabra jugak dah , kang betul-betul tak kena ngan selera ada tak berusik langsung biskut ni.


Bila belek-belek biskut tu, baru perasan punca family ni tak minat. Alkisahnya terlalu ikut pada cadangan suhu dan masa pembakaran biskut ni terlebih masak. Dalam erti kata lain, hangus sedikit. Next batch adjust sikit suhu dan tempoh pembakaran hasilnya walla!


Ikut resipi sepatutnya biskut ni disalut dengan white breadcrumb baru la ada gaya snow yang menyalut biskut tu kan. Tapi sebab malas nak beli, salut je dengan nestum, so rasanya tak kena la pulak nama "snow almond" , jadi biskut almond salut nestum je la kan? 


Ikut resipi sepatutnya biskut ni disalut dengan white breadcrumb baru la ada gaya snow yang menyalut biskut tu kan. Tapi sebab malas nak beli, salut je dengan nestum, so rasanya tak kena la pulak nama "snow almond" , jadi biskut almond salut nestum je la kan?

Resipi Snow Almond


BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar (noorsha letak 25gm nestum 25 gm cocoa crunch
40gm badam kisar 
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung


HIASAN:

Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb - ganti dgn nestum

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  1. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  1. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  1. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  1. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  1. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara



Bila di salut dengan coklat masakan dan nestum tu, mula la ada yang berminat semula nak mencubanya. hmmm baru tahu biskut yang mamanya ni buat sedap! (^_^) Hihhii bukan sedap sebab mamanya yang buat, dah memang resipi biskut ni sedap ditekak kitaorang , so sesiapa pun yang buat akan terasa sedap jugak la kan.



My Resipi for Kuih Aeroplane....eh..kuih kapal terbang laaaa

 

 nama saya azizi,saya memang suka makan kuih ni masa waktu raya sebab kuih ni sedap dan enak..hehehe....selain itu kuih ini ada beberapa jenis warna yang kita boleh letak.mengikut cita rasa la..ekekeke....kawan2 selamat mencuba ye resipi ini

 

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )

  • -: Untuk Doh :-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air (+ - anggaran)
  • -: Untuk Pes :-
  • 3 sudu besar  tepung jagung
  • 3 sudu besar minyak
  • -: Untuk Warna :-
  • Pewarna merah & hijau @ ikut cita rasa
  • -: untuk sira :-
  • 2-3 sudu besar gula pasir (di blend)

Cara-cara

  1. Satukan bahan doh n masukkan air sikit-sikit uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian doh dan uli hingga warna doh sekata.
  3. Kemudian setiap doh tersebut dibagikan kepada beberapa ketulan kecil supaya mudah dicanai.
  4. Ambil doh canaikan memanjang & nipis kemudian sapukan pes hingga sekata dan gulung dengan kemas.
  5. Canai doh kedua yang berlainan warna dan sapukan pes kemudian ambil doh yang telah digulung diletakkan diatas doh kedua dan gulung dengan kemas. Ulang langkah tersebut jika ingin tiga lapisan warna.
  6. Kemudian potong dalam ukuran 1 inci lebar @ ikut citarasa.
  7. Canai @ gelek memanjang 2 @ 3 kali dh memadai.
  8. Goreng hingga masak. pastikan minyak sederhana panas. Jika inginkan kuih yg mengembang @ terbuka gunakan 2 garfu dan tarik2kan supaya terbuka. Pastikan kuih timbul baru mudah ditarik2. Akhir sekali sirakan gula aising. siap dinikmati.
  9. Terlupa la pulak.. utk pes satukan bahan dan gaul hingga sbati.. tujuan pes disapu supaya kuih tersbut dapat ditarik2 dgn mudah ktika mgoreng.

Favorite Kuih Raya on Raya Day. =)

Hai. Assalamualaikum. Saya Sheera. Setiap tahun menjelang Hari Raya, korg semua mesti tak sabarkan. Yg paling korg nntikan adalah Kuih Raya kn. Setiap org ade favorite kuih raya masing2. Bagi saya pulak, kalau menziarahi rumah sedara mara atau kwn2., kuih ni la yg akan saya cari sbb setiap org ada cari tersendri membuat kuih mereka. Kuih tersebut adalah TAT NENAS. tak kisah la Tat Nenas gulung ke ape asalkan sejenis dgnya. Sebelum menjelang Hari Raya, saya dan Mama saya decide utk membuat Tat Nenas mnggunakan resipi yg telah diberikan oleh Opah sedara saya. Nak lihat hasilnya? Lihat kat bwah ni...


Tat nenas hasil idea dan bentuk oleh Mama saya. :)


Tat ni lah saya dan adik saya habiskan. Sedap!!!

Adik saya, Azhim menjadi tester kuih kitorg dan dia bg comment "Sedapnye!!". *thumb up* . Tapi mmg betul sedap sgt2 smpai habis satu bekas saya dan adik saya habiskan. hahaha.. Jgn marah tau Mama. :P 


Kat bwah ni saya sertakan recepi utk membuat Tat nenas ni. Cara membuatnye sgt senang. :)  
SELAMAT MENCUBA!! v^.^v

RESEPI TAT NENAS.

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )

  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastad
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
  2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min.