Di bulan RAMADHAN ini,banyak FADHILAT or MANFAAT yg kita boleh
perolehi jika kita benar-benar ikhlas dan berusaha untuk buat yang
terbaik..ALLAH S.W.T. telah menjanjikan yg terbaik untuk hambanya..Oleh
itu,sama-samalah kita menghayati dan mengamalkan perkara-perkara di bulan mulia
ini..Semoga semua amalan yg kita lakukan di bulan Ramadhan ini mendapat
keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T...Amin Ya Rabbal Ala Amin..Jom
kita tengok sikit apa FADHILATnya???
Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat,
Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu
tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan barakah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (Hadis Riwayat Bukhari)
Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (surah Al-Qadr:1-5)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (Hadis Riwayat Muslim)
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
*Inilah fadhilat-fadhilat yg boleh kita semua jadikan teladan dan iktibar untuk kita memuhasabah diri kita di dalam bulan yg mulia ini..InsyaAllah..

No comments:
Post a Comment