Tuesday, 21 August 2012

FaVoRiTe CooKiEs (kUiH rAyA) :)

Hye..saya qayyum :)
ari ni saya nak ceritakan sikit tentang favorite cookies saya iaitu Alamanda Bar Cookies...pernah makan. Mesti pernah cuma tak tahu nama betul kuih nie. Ini salah satu daripada cookies yg paling saya suka. Biskut nie tersangatlah rangup dan sedap sebab ada koko-krunch, kacang tanah dan coklat rice. Bila biskut dibakar ...bau cappucino semerbak memenuhi dapur.

Alamanda Bar Cookies

Oklah nie adalah resepi alamanda bar cookies...selamat mencuba!!!

Bahan-bahannya:-

Bahan A
125gm mentega
100gm majerin
80gm shortening/lemak sayuran (saya guna crisco)
80gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco

Bahan B (diayak bersama)
350gm tepung gandum (saya guna 270gm tepung gandum, 80gm tepung naik sendiri)
1/4 serbuk penaik(saya tak masukkan sebab dah guna tepumg naik sendiri)
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C
100gm koko-crunch(dikisar)
40gm kacang tanah-panggang dan kisar
100gm coklat rice

Hiasan:-
kuning telur, coklat masakan putih dan hitam

Cara-caranya:-
1)Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang
2)Masukkan bahan B dan C sehingga menjadi doh
3)Rehatkan doh sehingga 15 minit. Canai dan terap doh dengan penerap biskut
4)Susun di dalam loyang pembakar dan sapu permukaan dengan kuning telur
5)Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20minit. Sejukkan.
6)Hias dengan coklat masakan putih dan hitam

No comments:

Post a Comment