Wednesday, 22 August 2012

Kuih Raya Yang Paling Marvelous!!!

Assalamualaikum..Hai saya Apit..Mai sini nk habaq ckit pasal kuih raya yang paling apit suka sangat2...Daripada kecil sampai besaq la nie... Kuih nie antara kuih yang paling marvelous...Perhhh..Confirm meleleh kalo raya ada kuih nie...Nak taw kuih apa???Meh nak cita...

       Kuih Mazola

 Pernah dengar kuih nie???Mesti pernah kan???Sedap kalo x caya try la...Kuih nie memang sedap..Resepi mak saya..Mak punya air tangan mesti sedap...





Bahan-bahan ( 1 BALANG )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah- goreng tanpa minyak & kisar halus
  • 100gm gula- kisar halus
  • 1sk garam (rata)
  • 1 botol kecil minyak mazola, secukupnya tuk jadikan doh
  • 1 biji telur kuning

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar, gaul sebati tepung, kacang kisar, gula & garam.*Pastikan semua sebati dengan baik..Baru rasa aromanya...
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit, dan uli menjadi adunan doh(tepung) yang lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa, susun dalam loyang yang digriskan.*Untuk mengelakkan daripada melekit,sapukan sedikit mentega..
  4. Sapu atasnya telur kuning & kacang sbg hiasan, bakar hingga kekuningan.. 
  5.  Setelah 15 minit,kuih mazola akan masak sepenuhnya.Siaplah kuih mazola..
  6. Untuk mengelakkan kuih daripada pecah dan rosak, ia hendaklah dibiarkan sejuk terlebih dahulu..Kemudian, barulah pisahkannya daripada loyang untuk dimasukkan ke dalam balang..
 Selamat Mencuba....



No comments:

Post a Comment